Didakwa sudah menjadi isteri kedua, akhirnya Miera Leyana tampil dgn katakata padu skali



  Beberapa hari yang lalu timbulnya isu mendakwa pelakon Miera Leyana yang baru sahaja berkahwin bulan lalu sebenarnya adalah merupakan isteri kedua.

Dengan,pendedahan yang dibuat menerusi laman YouTube yang mengatakan pelakon filem Apokalips X dan Lebuhraya Ke Neraka itu ‘hidup bermadu’.

Kemudian itu Miera Leyana telah tampil bersuara berhubung dakwaan tersebut, bagaimana dia tidak menjawab ‘ya’ ataupun ‘tidak’.

Sehingga kini Miera masih lagi menggantung persoalan dari warga netizen mengenai desas-desus statusnya yang didakwa sebagai isteri kedua kepada usahawan Rosland Othman.

Kata Miera yang kini usianya 27, isu poligami tidak sepatutnya menjadi pandangan negatif dan ia sama sekali tidak menyalahi undang-undang.

“Saya tak kisah orang nak gelar saya isteri pertama, kedua atau ketiga pun.”

“Cuma saya tak faham kenapa rakyat Malaysia menganggap isu poligami itu tak okey.”

“Kalau saya isteri kedua atau ketiga pun saya tak rasa saya buat salah sebab kami tak kahwin sorok-sorok!”

“Saya buat majlis besar-besaran dan jemput orang ramai termasuk rakan media.”

“Tiada apa yang perlu disembunyikan. Kalau saya salah, lebih baik saya dan suami nikah di Thailand senyap-senyap, tak perlu membazir duit ibu bapa saya,” katanya kepada wartawan Gempak.

Miera sebelum ini telah terpalit dengan tuduhan pihak tertentu yang mendakwa dirinya merupakan isteri kedua kepada Rosland selepas mereka selamat diijabkabulkan.

Justeru itu, Miera hanya membiarkan warga netizen bermain dengan spekulasi sendiri mengenai status dirinya tanpa perlu bersuara berlebih-lebihan.

“Saya tak mahu mengiyakan atau menidakkan sebab saya tak mahu panjangkan isu itu.”

“Apa orang nak kata, saya tak kisah sebab saya tak boleh nak tutup mulut mereka.”jelasnya lagi

“Lagipun, kami sudah selamat berkahwin. Lebih baik doakan yang baik-baik saja…”

“Sepatutnya selepas berkahwin, saya boleh hidup bahagia dan lalui hari yang indah-indah tetapi ini pula jadinya.”

“Apa yang saya nak betulkan adalah kebanyakan orang cakap saya dengan suami kahwin atas dasar hubungan syarikat keluarga, kahwin sebab diminta bapa, Roslan anak tujuh dan 10, semua tu tak betul,” tambahnya yang akui berasa tertekan.

Miera dan Rosland berkenalan sejak empat tahun yang lalu dan telah selamat diijabkabulkan pada 26 Julai yang lalu di St. Regis Kuala Lumpur.

Sementara itu juga, majlis resepsi Miera dan Rosland telah diraikan dengan amat penuh meriah malam tadi di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur dan disaksikan oleh ramai rakan selebriti antaranya Emma Maembong, Nelydia Senrose, Ayda Jebat dan ramai lagi.

Sumber : trendingkini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.